Pengikut

MH370: Tweet berbaur perkauman disebar oleh akaun Twitter palsu

MH370: Tweet berbaur perkauman disebar oleh akaun Twitter palsu
Akaun Twitter rasmi Astro AWANI @501Awani (kiri) dan akaun palsu (kanan)


KUALA LUMPUR: Sejak tragedi pesawat MH370 mula mendapat perhatian ramai, akaun Twitter palsu yang menggunakan nama Astro AWANI turut cuba mengambil kesempatan.

Untuk rekod, akaun Twitter rasmi Astro AWANI adalah @501Awani dan telah digunakan sejak dua tahun yang lalu. Sehingga hari ini, akaun tersebut telah mengumpul 169,805 pengikut.

Baru-baru ini, akaun palsu @astroawani telah menulis satu tweet berbaur perkauman sekaligus mendapat reaksi negatif masyarakat.

Tweet itu tertulis “After 15 days, #MH370 has found. May Allah bless all the crew and passengers who are muslim.”.

Akaun Twitter rasmi Astro AWANI @501Awani (kiri) dan akaun palsu (kanan)

Rakaman skrin tweet tersebut telah disebarkan sekaligus memberikan imej yang buruk kepada saluran berita 24 jam pertama di Malaysia itu.

Walau bagaimanapun, akaun palsu @astroawani telah pun dilaporkan kepada pihak Twitter dan kini akaun tersebut telah pun digantung. Namun demikian, wujud satu lagi akaun palsu yang menggunakan nama @astroawani1.

Astro AWANI mengucapkan terima kasih kepada penonton dan pengguna Astro AWANI yang turut melaporkan akaun palsu tersebut sebagai spam kepada Twitter.

Untuk sebarang berita dan maklumat rasmi, sila layari laman web rasmi Astro AWANI diwww.astroawani.com, laman Facebook diwww.facebook.com/astroawani, Twitter @501Awani dan Instagram diwww.instagram.com/501Awani.


Berita mula diterbitkan pada: Mac 26, 2014 16:10 (MYT)


Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-tweet-berbaur-perkauman-disebar-oleh-akaun-twitter-palsu-32578?cp
Previous
Next Post »