Pengikut

MH370: Objek terbesar yang dikesan terapung di Lautan Hindi berukuran 24 meter | BELUM SAH MH370

Under the microscope ... the search area Australia has been charged with.



KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini mengesahkan bahawa salah satu objek terapung yang ditemui di kawasan pencariannya berukuran 24 meter.

Pegawai AMSA John Young berkata sebuah lagi objek yang ditemui adalah lebih kecil.

Namun demikian Young menekankan bahawa objek-objek berkenaan mungkin tiada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Beliau berkata sejurus menerima berita tentang objek-objek tersebut, empat pesawat telah dihantar ke kilometer 2,500 barat selatan Perth.

Beliau turut berkata pesawat tentera udara Australia, Orion, telah dihantar ke kawasan tersebut pada pukul 1.50 petang.

Tiga lagi pesawat Poseidon dijangka tiba di kawasan tersebut pada pukul 3 petang.

Beliau menambah, cuaca mendung dan jarak penglihatan terhad mungkin mengganggu operasi mencari objek tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri Australia Tony Abbot mengumumkan di Parlimen negara itu bahawadua objek yang mungkin berkait rapat dengan pesawat MAS MH370 yang telah dijumpai.

Australia mengetuai pasukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi.

Abbot berkata pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia telah menerima maklumat tersebut berdasarkan maklumat yang diterima daripada satelit.

"Berikutan analisis pakar imej satelit ini, dua objek mungkin berkaitan dengan pencarian telah dikenal pasti," katanya.

The Sydney Morning Herald melaporkan bahawa Abbot telah memberitahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai perkara ini.

Berita mula diterbitkan pada: Mac 20, 2014 13:23 (MYT)

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/mh370-objek-terbesar-yang-dikesan-terapung-di-lautan-hindi-berukuran-24-meter-32172?cp

Map showing search area for MH370

Previous
Next Post »