AFP melaporkan permintaan itu dibuat setelah dua minggu misi SAR gagal menemui sebarang petunjuk dari Boeing 777 yang hilang dari radar selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac.
Dalam satu panggilan telefon kepada ketua Pentagon Chuck Hagel , Menteri Pertahanan Malaysia yang juga pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein "meminta agar Amerika Syarikat mempertimbangkan menyediakan beberapa peralatan pengawasan dasar laut," kata jurucakap Pentagon Laksamana John Kirby.
Hagel meyakinkan rakan sejawatnya bahawa dia akan "menilai kemampuan dan utiliti teknologi dasar laut tentera untuk tugas seperti itu dan akan memaklumkan dalam masa terdekat ," kata Kirby dalam satu kenyataan.
Pegawai itu tidak menyatakan dengan tepat jenis peralatan yang mungkin disediakan Pentagon tetapi tentera Amerika telah melabur dalam teknologi robotik yang direka untuk pengawasan laut terhadap kapal selam atau torpedo.
Hishammuddin merakamkan penghargaan kepada Hagel atas bantuan Tentera Laut Amerika Syarikat dalam misi SAR ke atas Penerbangan MH370 milik Malaysia Airlines (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Pesawat Boeing 777-200ER milik MAS itu membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangannya ke Beijing awal pagi 8 Mac.
Dua Pesawat Pengawasan Maritim Tentera Laut Amerika Syarikat, sebuah pesawat P-3 Orion dan P-8 Poseidon, telah mengambil bahagian dalam misi tersebut.
P-8 Poseidon bersama pesawat Australia telah terbang ke selatan Lautan Hindi, manakala P-3 Orion ke kawasan Teluk Bengal untuk misi di zon selatan, kata pegawai tersebut.
Usaha carian di hari Jumaat di kawasan terpencil di Lautan Hindi membuat kesimpulan "tanpa apa-apa penemuan," kata Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia ( AMSA ) dalam satu kenyataan.
Berita mula diterbitkan pada: Mac 22, 2014 12:47 (MYT)
0 Komen:
Catat Ulasan