Khamis, 20 Mac 2014

Panduan Pencegahan Jenayah : ROMPAK/SAMUN


ROMPAKAN DI RUMAH
·    Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
·    Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
·   Kenal pasti pelawat melalui 'door viewer' dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
·   Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda.

ROMPAKAN DI TEMPAT AWAM
·   Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda atau yang berpeleseran di kawasan lif.
·    Elakkan dari menaiki lif dengan orang yang mencurigakan.
·    Aturkan seseorang untuk menemani anda pulang ke rumah.
·    Apabila anda dalam lif, sentiasa berdiri berdekatan dengan panel kawalan lif. Ini membolehkan anda mengawal lif jika berlaku perkara yang tidak diingini.
·    Elakkan dari memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.
·    Rancang perjalanan anda dan elakkan dari melalui tempat gelap atau sunyi.
·   Berhati-hati dengan orang yang mencurigakan yang sentiasa berpeleseran di lif, tangga, kaki lima dan di kawasan awam.
·   Bawa alat penggera bersama anda dan gunakan ia untuk mencegah perompak atau untuk menarik perhatian orang yang berdekatan.

APA PERLU DILAKUKAN APABILA ANDA DIROMPAK.
·    Anda perlu bertenang.
·    Jangan bertindak jika perompak berkenaan mempunyai senjata.
·   Perhatikan gerak-geri perompak seperti perwatakan, air muka, pakaian, tingkah laku pergerakan dan keterangan fizikal yang lain. Ia boleh membantu polis untuk mengesan perompak berkenaan.
·   Perhatikan juga ke mana arah dan cara perompak itu melarikan diri. Jika ia menggunakan kenderaan, rekodkan nombor pendaftaran, warna kenderaan, dan jenis kenderaan. Pastikan juga ke arah mana ia pergi.
·   Hubungi polis di nombor 999 atau hubungi Balai Polis berdekatan dengan segera


0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...