Pengikut

Jenayah Facebook | SHAHAZRIN.COM


Assalamualaikum..Facebook nie banyak kebaikan dia kan? Kawan lama boleh jumpa balik, family dan saudara mara boleh disatukkan semula. Nak kenduri kendara jemput dengan Fb jer.. Dulu masa aku nak kahwin jenuh  mencari kawan-kawan lama.. sekarang semuanya dihujung jari.

Walaubagaimanapun, keburukan dia pun kita kena ambil kira jugak.. nak lagi kita nie sampai leka menghadap FB sampai kenyang dengan FB jer.. tapi apa yang aku nak aku tekankan disini ialah kes penipuan yang melibatkan jenayah yang besar seperti, rekrut kaldai dadah yang menjerat warga negara kita ke kancah jenayah terancang melibatkan kes antarabangsa.

Dadah adalah musuh utama negara kita. Masalahnya mangsa yang tertipu diperdaya untuk membawa masuk beberapa barangan yang di istihar dengan barang lain.Tetapi bila melepasi pemeriksaan pihak berkuasa, mereka gagal dan Dadah dikesan. Kesannya, keluarga di Malaysia akan diberi impak yang maksima dan pasti  berpuluh ribu runggit pasti akan di gunakan untuk menanggung kos guaman dan sebagainya.

Dengan menjanjikan upah yang lumayan, pasti ada yang terpedaya dan kelabu mata. Dengan berkenalan di FB jer dah kena tipu... Janganlah terpedaya dengan warga asing yang tak dikenali.. Begitu juga sekiranya ada warga tempatan yang menjanjikan pelbagai ganjaran lumayan... Fikir-fikirkan yer...

Note:  Bukan senang nak dapat duit .... 


Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen