Pengikut

Tips Bila Pasang "Read More" | SHAHAZRIN.COM

Allblogtools.com
Assalamualaikum.. dah berakhir review blog. 30 blog telah di review dengan jayanya. walaupun masih ada permintaan, kemungkinan projek review ini akan diteruskan sedikit hari lagi.. jika anda inginkan ia diteruskan ia akan diteruskan.

Petang ini aku nak story sikit pasal "read more". Read more yang ada di blog aku contohnya, kenapa aku pasang "read more" nie kat blog aku. Ini adalah pendapat peribadi aku jer yer.. aku nak blog nampak kemas, supaya ianya tak berserabut denagan entri lepas dan entri terbaru. Aku tak paham kenapa ada sesetengah blogger tak berapa minat dengan read more nie. Mungkin mereka ada alasan tersendiri.

Bila kita dah pasang read more, kita kena pandai mengolah entri biar nampak lebih menarik. Pendahuluan sesebuah entri sangat perlu dan jadikannya ia menarik. Sebabnya, bila kita pasang read more nie. Perenggan terawal yang kita taip akan terpampang di depan blog post kita tu... Jika menarik pendahuluan tu maka, ia akan menarik pembaca untuk membacanya.

Tajuk juga memainkan peranan penting dalam berblog. Jangan amalkan menyiarkan tajuk yang menunjukkan kebodohan dan akan mengaibkan cara kita berblog. Ingat cerita "pengembala kambing dengan harimau"??? dia menipu harimau nak makan kambing dan panggil orang kampung mintak tolong. sekali dua boleh la..masuk ketiga.. dan ia benar..orang tak nak dah percaya.. Faham tak..huhuhu

Last sekali. gambar.. kalau guna aplikasi "read more", apa sahaja entri yang kita buat cuba kita cari satu gambar untuk menghiasi entri..satu cukup. biar ia nampak menarik atau kartun ke.. Bila kita pakai aplikasi ini.. gambar juga mengambarkan apa yang ada dalam entri kita tu..

note: saper nak pasang read more klik sini.
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen