Rabu, 16 Februari 2011

Robert Kuok Terkaya | SHAHAZRIN.COM

Salam semua.. baru update blog hari nie. kesibukan bercampur ketandusan idea untu dilontarkan mengisi ruang fikiran,. Adoi... amacam blog??? Kalau ada apa2 yang tak paham boleh tanya saya yer.. mana lah tau kalau boleh dibantu...

Hurm... Berita Terkini   ruj : Utusan Online... nak jer jadi gini kan.... nak lagi bila ada masalah yang sangat memerlukan wang nie.....



Robert Kuok dahului senarai 40 individu terkaya Malaysia

16/02/2011 8:08pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Robert Kuok, “Raja Gula” yang memiliki rangkaian hotel lima bintang di rantau ini, mengekalkan kedudukannya sebagai individu terkaya di Malaysia dengan aset bernilai RM50.04 bilion.
Beliau disusuli taikun telekomunikasi, T. Ananda Krishnan, yang bernilai RM45.78 bilion.
Di tempat ketiga ialah Pengerusi Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow, yang meningkat satu tangga dengan jumlah kekayaan sebanyak RM12.77 bilion, demikian menurut majalah Malaysian Business berdasarkan kepada kajian 40 individu terkaya dalam negara.
Sebagaimana tahun sebelumnya, kekayaan 40 individu terkaya negara dinilai berasaskan kepada pegangan mereka dalam syarikat tersenarai.
Kajian itu juga mendedahkan 40 individu terkaya Malaysia secara kolektifnya bernilai RM206.27 bilion sehingga pada 21 Januari, naik 30 peratus berbanding dengan RM156.7 bilion tahun lepas, dirangsang oleh pasaran saham yang memberangsangkan dan pengembangan ekonomi.
Di tempat keempat ialah Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Corporation Bhd, yang bernilai RM12.74 bilion, disusuli dengan Tan Sri Lim Kok Thay dari Genting Group, kekal pada kedudukan kelima dan bernilai RM10.89 bilion.
Tan Sri Quek Leng Chan dari Hong Leong Group pada kedudukan keenam dengan jumlah kekayaan sebanyak RM10.75 bilion, manakala di tempat ketujuh ialah usahawan bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary, yang bernilai RM8.84 bilion. – Bernama

2 ulasan:

  1. Kwn boss kakchik ni shah. masa boss kakchik keja kat KUOK Brothers dulu. masa tu blm brgelar jutawan lagi tau.

    skrg ni dia dah luaskan lagi jajahan bznes hingga ke Hong Kong.

    BalasPadam
  2. hai.. bilelah nak kaye macam dorang nih... salam kenal .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...