Pengikut

Nak Belajar? Tak Perlu Banyak Alasan | SHAHAZRIN.COM

 
Ihsan  Pakandak Google
Salam semua, selamat berehat sambil menonton tv. Aku pun tengah menonton Berita kat TV nie. Aku cukup berbangga dengan kesungguhan kerajaan membawa pulang pelajar dari Mesir dalam OPS Piramid. Syabas kerajaan Malaysia. Operasi di teruskan tanpa mengambil kira tentang fahaman politik..Tahniah...

Lihat juga kesungguhan pelajar yang ingin meneruskan pelajaran di Mesir tanpa semangat yang luntur dan ingin meneruskan walau dihati tetap merasa ketakutan akibat ketidakstabilan politik di perantauan. Jadi untuk adik-adik yang sedang melanjutkan pelajaran inigin sekali aku berpesan supaya belajarlah rajin-rajin yer. Kesempatan sebagai pelajar di mana pun institusi pelajaran adalah satu kelebihan buat anda semua. Anda sangat bertuah jika dibandingkan dengan mereka yang mungkin mempunyai masalah kewangan dan tidak berkemampuan dari pelbagai sudut untuk meneruskan pengajian. Sungguh Menyedihkan..

Jangan terlalu banyak memberi alasan kepada diri sendiri untuk menalaah buku dan ilmu. Malas .. penat... takda masa.. bising..kipas rosak.. pening...CINTA... macam-macam la..Itu semua alasan... alasan yang menjadi barah dalam kehidupan sebagai pelajar. semua  alasan ini tak perlu untuk belajar yer.. Anda yang memnentukan masa depan anda. Renung-renungkan....
Previous
Next Post »

8 Komen

Write Komen