Pengikut

Aku dan RASUAH Bolasepak.


Salam semua, hari ini entri pertama nak borak-borak pasal rasuah bola sepak. Aku sangat memandang serius tentang perkara yang melibatkan rasuah bolasepak.. Ini adalah antara punca jatuhnya mutu bolasepak tanahair.. Rasuah bolasepak juga  memberi kesan kepada penyokong yang menyokong sukan bola sepak.

Suatu masa dahulu aku akan di bawa ke stadium setiap kali ada perlawanan melibatkan pasukan Bolasepak PAHANG, aku lihat setiap kali perlawanan bolasepak stadium di penuhi dengan penokong.
Tetapi sejak satu perlawanan akhir tahun 1990an tak pasti dah tahun bila.. aku dah tak pergi lagi menonton di stadium bila ramai pemain bola sepak PAHANG, didapati bersalah dalam melibatkan diri dengan RASUAH bolasepak, ramai pemain telah ditukarkan dan penyokong mula hilang keyakinan pada pasukan PAHANG dan liga Bolasepak Malaysia. Sekarang PAHANG dah ok walaupun duduk LIGA PREMIER jer..

Tapi sekarang aku lihat sejak Malaysia menjuarai AFF Piala Suzuki dan berjaya mengekalkan emas sukan SEA, kebangkitan penyokog mula dirasai.. Dengan beberapa isu rasuah yang timbul akhir-akhir ini, aku harap semua ini apat di hentikan serta merta agar Liga Bolasepak Malaysia tidak lagi di pandang rendah oleh penyokong dan masyarakat. 
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen