Pengikut

Hospital Khas Untuk Ibu Mengandung.

Cari kat google
Salam semua dan selamat pagi, mood pagi nie masih berkisar tentang Hospital.. Aku rasa, di kawasan yang kepadatan penduduk sangat tinggi, kerajaan perlu bina satu hospital dan pusat rawatan khas untuk ibu mengandung atau hospital bersalin.. Dari pengalaman aku sebagai suami yang sentiasa menemani isteri ke klinik dan hospital untuk rawatan, aku lihat masalah ward penuh sering menjadi masalah utama.

Bila ada isteri yang nak bersalin dan datang ke hospital, pesakit perlu tunggu di kaunter pendaftaran sekiranya ada ward kosong, dah kosong baru boleh masuk.. kalau tak, tunggu la kat situ sampai kosong. dah lebih rumit apabila anda di nasihatkan untuk cari hospital lain.. Kalau datang naik teksi macam mana la nak cari hospital lain untuk nak teksi juga... ada kes yang "jalan" dah buka suruh balik dulu..

Hospital swasta??? semua mampu ker.. aku rasa kementerian berkenaan perlu perjuangkan masalah nie la dari perkara yang bukan-bukan... Aku lihat Hospital ini penting sangat. Aku harap ada pihak yang ambil berat tentang masalah ini.. Hospital khas nie memang khas untuk ibu mengandung dan anak... Kalau lah ada... hurm...



Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen