Rabu, 17 Jun 2015

Imbuhan Tetap Perumahan dinaikkan

Image result for imbuhan tetap perumahan

Putrajaya: Berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam gred 41 dan ke bawah akan menikmati kadar baru Imbuhan Tetap Perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding RM180 yang diterima ketika ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kadar baru itu akan dinikmati oleh 1.1 juta penjawat awam di seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa sama, penjawat awam yang menduduki kuarters pula akan menerima 25 peratus daripada kadar imbuhan tetap perumahan yang diterima mereka.

"Kadar baru itu membabitkan implikasi kewangan sebanyak RM1.04 bilion," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Keempat Belas (MAPPA X1V) dan Persada Transformasi Perkhidmatan Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, pagi tadi.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58269#sthash.r1kQ05MO.dpuf

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...