Pengikut

Bogel di puncak Kinabalu




Kota Kinabalu: Kurang ajar dan biadab. Tindakan sekumpulan pelancong asing yang memuat naik foto memaparkan lima individu sedang berbogel di puncak Gunung Kinabalu sebelum menjadi viral di laman sosial, mencetuskan perasaan marah dalam kalangan penduduk tempatan.

Rakaman yang dimuat naik pada 30 Mei lalu menunjukkan lima lelaki berbaris dan bertelanjang bulat di puncak tertinggi di Asia Tenggara itu dengan alasan 'membuang air kecil'.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah (TTS) Datuk Seri Tengku Zainal Adlin Tengku Mahamood berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan mengenai perkara itu.

"Sikap pendaki ini menunjukkan perbuatan tidak menghormati kepercayaan segelintir masyarakat tempatan yang beranggapan gunung ini sebagai tempat suci mereka.

Tengku Zainal berkata, setiap pendaki juga sudah diberitahu mengenai perkara yang boleh atau tidak boleh dilakukan ketika mendaki gunung ini.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Masidi Manjun berkata, pihaknya sudah mengarahkan siasatan penuh dilakukan mengenai kejadian itu.

"Siasatan juga menjerumus sama ada gambar itu sudah diubah suai (edit) atau sebaliknya," katanya.


Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 4:12 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55192#sthash.BCj7pFkN.dpuf
Previous
Next Post »