Pengikut

Jabatan Meteorologi nafi akan berlaku gempa bumi di KL, Bukit Tinggi


Image result for Jabatan Meteorologi nafi akan berlaku gempa bumi di KL, Bukit Tinggi
MetMalaysia nafi khabar angin bahawa Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi, Pahang akan dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah Jumaat lepas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia semalam menafikan khabar angin bahawa Kuala Lumpur dan Bukit Tinggi, Pahang akan dilanda gempa bumi susulan kejadian gempa bumi di Sabah pada Jumaat lepas.

Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini berkata pihaknya tidak menjangkakan sebarang gempa di kedua-dua kawasan itu dalam tempoh terdekat, kecuali berlaku gempa bermagnitud kuat di Sumatera, Indonesia.

Menurutnya susulan gempa bumi kuat berukuran 9.2 skala Richter di Sumatera Utara pada 26 Dis 2004 dan di Pulau Nias, Sumatera Barat bermagnitud 8.7 pada 28 Mac 2005, telah menyebabkan garis sesar di Bukit Tinggi menjadi aktif semula dan mengakibatkan beberapa siri gempa yang lemah dengan kekuatan antara 1.7 hingga 4.2 skala Richter dalam tempoh 2007 hingga 2009.

BACA:
'Gempa, tsunami bakal melanda Pahang hanya khabar angin' - MetMalaysia

Ujian siren Tsunami di Bintulu hari ini


Untuk pengesahan maklumat, orang ramai boleh merujuk laman web Jabatan Meteorologi Malaysia http://met.gov.my, mobile web rasmi m.met.gov.my atau melalui laman Facebook dan Twitter.

Read more at:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jabatan-meteorologi-nafi-akan-berlaku-gempa-bumi-di-kl-bukit-tinggi-62128?cp
Previous
Next Post »