Selasa, 16 Jun 2015

Mayat terlentang di ruang tamu




Kuala Lumpur: Mayat seorang wanita berusia 42 tahun ditemui dalam keadaan terlentang di ruang tamu rumahnya di sebuah kondominium di Desa Petaling di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa yang dipercayai mati sejak empat hari lalu itu ditemui dengan keadaan perut kembung, tangan dan kaki yang sudah berwarna hitam serta kulit mengelupas.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan terdapat bau busuk di kawasan rumah mangsa.

"Selepas tiba di lokasi rumah mangsa iaitu di tingkat lapan didapati pintu pagar berkunci namun pintu papan terbuka separuh.

"Selepas pemeriksaan dibuat didapati mayat wanita terlentang dengan kesan darah serta minyak kekuningan disekitar tubuh mangsa," katanya.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/58183#sthash.O0ZHh7tB.dpuf

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...