Madam Kwan’s mencipta tiga jenis sandwic berdaging yang mudah dikunyah dan lazat yang cukup sesuai berbuka puasa dengan kombinasi sempurna protein, sayur-sayuran dan karbohidrat menerusi edisi terhad sandwic baru rendang daging, kari ayam dan daging BBQ.
Setiap sandwic mengetengahkan roti ciabatta bermentega yang dipanggang sedikit, disertai kubis, hirisan tomato, hirisan bawang, kubis merah dan timun segar, namun isi kandungannya yang membuatkannya benar-benar istimewa.
Sandwic rendang daging disediakan dengan resipi tradisional istimewa Madam Kwan’s disertai perasa termasuk serai dan kerisik manakala versi daging BBQ terdiri daripada 200 gram (gm) daging cincang berperisa yang dipanggang dan disalut sos berperisa salai istimewa milik restoran berkenaan.
Sandwic kari ayam pula disediakan dengan 200gm daging cincang berperisa yang dipanggang, disalut dengan sos kari berkrim Madam Kwan’s yang menyerlah dengan beberapa rasa seperti kelapa, kunyit dan bunga kantan.
Promosi istimewa Ramadan berlangsung mulai 17 Jun sehingga 16 Julai dan berharga RM24.90++. Setiap sandwic didatangkan dengan jejari kentang
goreng dan satu jag sirap bandung.
Pengasas Madam Kwan’s Kwan Swee Lian berkata, setiap sandwic mengetengahkan resipi ciptaannya sendiri secara peribadi yang digemarinya dan dia rasa benar-benar teruja untuk melihat menu itu dihidangkan dengan cara baru yang unik, tetapi masih mengekalkan rasa tradisional.
“Saya sangat gembira menghidangkan menu baru ini kepada pelanggan saya. Saya pasti mereka menikmati hidangan ini seperti saya seronok menghasilkan hidangan ini,” tambahnya.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Datin Maureen Ooi berkata, setiap sandwic adalah gabungan kepakaran Madam Kwan’s membabitkan rempah Asia dan
perasa Malaysia dengan roti klasik Itali yang sesuai untuk berbuka puasa kerana ia mudah dimakan, penuh perisa dan bertekstur, yang dihidang dengan saiz yang tepat.
“Meskipun ia satu gabungan perasa dan terdiri daripada roti berbanding nasi, menu ini tetap sebahagian daripada falsafah Madam Kwan’s untuk menyediakan hidangan yang benar-benar Malaysia kerana rakyat negara ini sentiasa mempunyai cara yang enak untuk mengubah sesuatu kepada cara yang kita gemari,” katanya.
Menu terhad itu boleh didapati di semua restoran Madam Kwan’s di Suria KLCC, Pavilion KL, Mid Valley Megamall, Bangsar Shopping Centre, pusat beli-belah One Utama, Empire Shopping Gallery, Sunway Pyramid dan pusat beli-belah Alamanda.
0 Komen:
Catat Ulasan