Sindiket pengedaran dadah kini mencari alternatif baru untuk menarik sesiapa sahaja yang berminat untuk membeli dan memiliki pelbagai jenis dadah.
Polis Diraja Malaysia mengesan taktik sindiket ini dengan menjual bahan terlarang tersebut dalam bentuk makanan pepejal yang dijual melalui media sosial seperti Facebook dan Instagram bagi mengaburi mata pihak berkuasa.
Ikuti nasihat dan Modus Operandi (M.O) yang digunakan sindiket dalam aktiviti pengedaran dadah.
M.O
1. Menjual dadah dengan menjadikannya bahan makanan seperti biskut dan gula-gula di mana adunan bahan makanan tersebut mempunyai campuran dadah
2. Menggunakan Facebook dan aplikasi Instagram untuk menjual dadah
3. Suspek hanya berinteraksi dengan pembeli melalui Facebook dan aplikasi Instagram sahaja untuk pembelian dan penghantaran ‘makanan’ yang dipesan
4. Penghantaran dibuat melalui perkhidmatan kurier atau pos.
Nasihat
1. Ibu bapa atau penjaga perlu mengawasi aktiviti sosial anak-anak seperti perhubungan melalui media sosial.
2. Sentiasa bersikap ingin tahu apabila melihat ahli keluarga atau rakan berkelakuan aneh atau personaliti secara mendadak.
3. Sentiasa bersikap ingin tahu atau melakukan pemeriksaan terhadap bungkusan yang diterima melalui kurier atau pos
4. Sentiasa mendidik dan mendedahkan ahli keluarga atau rakan tentang bahayanya najis dadah.
0 Komen:
Catat Ulasan