Pengikut

Buli: ayah hantar anak ke balai




 
Gaambar hiasan - Carian Google
 

Kuantan: Polis menahan tiga pelajar sebuah kolej di Bentong yang dipercayai terbabit dalam kes buli, Jumaat lalu, seperti tersebar di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, berkata ketiga-tiga pelajar berkenaan masing-masing berumur 15 dan 16 tahun ditahan selepas diserahkan bapa masing-masing di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, petang ini.

Beliau berkata, selepas menerima laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kajang, Jumaat lalu, polis menghubungi ketiga-tiga bapa pelajar terbabit dan meminta mereka menyerahkan anak masing-masing bagi membantu siasatan.

“Polis pada masa sama, turut mengambil keterangan mangsa berusia 16 tahun bagi membantu siastan kes mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian berpunca apabila ketiga-tiga suspek tidak berpuas hati dengan mangsa yang didakwa memberitahu guru bahawa seorang daripada mereka memecahkan almari di dalam asrama.

Dalam kejadian 12.45 tengah hari itu, mangsa kemudian dipanggil suspek ke bilik mereka lalu ditendang dan ditumbuk beberapa kali bergilir-gilir.

Keadaan itu menyebabkan mangsa Muhammad Najemie Johari, 16, yang juga pelajar tahun satu di kolej itu lebam di belakang badan dan luka di belakang telinga kirinya.

Beliau berkata, selepas kejadian itu mangsa kembali ke rumahnya di Kajang dan menceritakan kejadian itu kepada adiknya sebelum dimaklumkan kepada bapanya yang bertindak membuat laporan polis.

Katanya, mangsa dibawa oleh keluarganya pada hari yang sama untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang.

Video berdurasi 22 saat itu mula tersebar di laman sosial sejak semalam menunjukkan mangsa yang hanya mengenakan tuala mandi dipukul bertubi-tubi oleh suspek terbabit. - Bernama




Previous
Next Post »