Sabtu, 5 Februari 2011

Kerajaan WAJIB Halang Konsert Mohsen Namjoo! WAJIB!

Kerajaan WAJIB Halang Konsert Mohsen Namjoo! WAJIB!


++ Nota: 
Andai negara kita mengisytiharkan bahawa Islam adalah agama rasmi, maka kita (pemimpin atasan) harus dan wajib bertindak ke atas orang yang berada dalam gambar ini. Ikuti sekerat cerita yang aku petik dari laman blog sdr faisal tehrani berkenaan dengan hal si Mohsen Namjoo yang berfaham songsang, dan bakal menyongsangkan pemikiran anak muda kita yang menonton konsertnya. Persoalannya, siapa si Mohsen Namjoo? :)

++ Diharapkan 

agar saudara seagama dan setanah airku dapat menyebarkan info yang maha penting ini demi menjaga kesucian agama yang kita anuti selama ini. Apalah guna punya ulama, andai ulama kurang peka dengan hal seperti ini. Selamatkan akidah anak-anak muda kita dari terus dibuai irama lagu berlirikkan hinaan kepada Baginda Nabi s.a.w. Sekali lagi aku katakan, apalah guna punya negara yang mengisytiharkan Islam sebagai agama rasminya andai tiada tindakan dibuat bagi menghalang kemaraan musuh yang mulai menyusup masuk, dan mungkin telah lama berada di negara kita yang tercinta. Sila sebarkan info ini sebelum konsert dimulakan pada tarikh yang ada dalam gambar di atas. Sekian...

** Terima kasih buat saudara faisal tehrani atas makluman...

klik [ sini ] selanjutnya

1 ulasan:

  1. kerajaan udoh longgarkan hub hiburan 2 pasallah negara nie senang aje artis luar mai..
    troknya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...