Jumaat, 4 Februari 2011

Pengumuman salah cetus kecoh!

 Oleh Nor Akmar Samudin
akmar@hmetro.com.my

BELUM pernah berlaku dalam sejarah mana-mana majlis anugerah tempatan, trofi yang diberikan kepada pemenang ditarik balik ketika majlis berlangsung.
Entah di mana silapnya, itulah kecacatan ketara yang terjadi pada malam kemuncak Anugerah Profima (Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia) 2010 yang berlangsung di ibu negara, malam Selasa lalu.

Majlis yang berlangsung selama empat jam di Hotel Palace of the Horses, Seri Kembangan itu turut dikritik hebat serta kecoh dengan sorakan tetamu yang tidak berpuas hati dengan pengumuman dibuat.

Kononnya kesilapan teknikal daripada pihak sekretariat penganjuran yang tersalah cetak nama pemenang pada kad keputusan menyebabkan huru-hara itu berlaku. Kecuaian itu tidak sepatutnya berlaku pada majlis yang nampak gagah dengan bajet kira-kira RM3.5 juta itu.


Filem Magika yang pada mulanya diumumkan sebagai pemenang Suntingan Terbaik bagi kategori filem terpaksa ditarik balik dan diberikan kepada Evolusi KL Drift 2.

Malah kategori drama turut terkena badi apabila trofi Pengarah Terbaik (drama) yang diserahkan kepada siri Asmaradana terpaksa berpindah tangan pula kepada Asmara.

Mencacatkan lagi keadaan, montaj senarai pencalonan yang sepatutnya disiarkan pada layar besar dalam dewan yang memuatkan hampir 700 tetamu itu gagal berfungsi sepenuhnya.

Mengulas kekurangan yang berlaku dalam majlis itu, Presiden Profima, Khir Mohd Noor mengaku kesal dan kecewa dengan kelemahan yang terjadi.

“Memang saya kecewa dengan kesilapan itu dan berharap ia tidak berulang pada penganjuran akan datang. Bagus juga ada yang menegur kesilapan yang kita lakukan sebagai pengajaran untuk kebaikan bersama,” katanya.

Meskipun kecewa, Khir tetap berpuas hati dengan penganjuran kali pertama itu dengan kehadiran tetamu yang memberikan sokongan padu.

Antara perkara lain yang menjadi persoalan, kenapa banyak kategori daripada 62 kategori yang dipertandingkan itu hanya ada satu pencalonan saja walaupun menerima 340 penyertaan?

Alasan penganjur lagi, penyertaan bagi beberapa kategori itu tidak menepati kriteria yang ditetapkan juri meskipun banyak penyertaan yang dihantar.

“Selama 12 hari juri dilantik berkampung di Profima bagi menilai dan meneliti penyertaan yang dihantar. Namun ada penyertaan terbabit tidak memenuhi kriteria dikehendaki pihak juri,” katanya.

Lebih menghairankan, sijil penghargaan yang sepatutnya diserahkan kepada pemenang bersama trofi juga tidak sempat siap.

Sebelum ini, anugerah yang dirancang sejak Ogos tahun lalu itu tertangguh beberapa kali disebabkan masalah dalaman dan senarai keputusan diterima dua hari sebelum malam kemuncak.

Itu sebenarnya bukan alasan kerana dalam acara lain seperti Anugerah Skrin (ASK) dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), keputusan hanya diterima beberapa jam sebelum malam kemuncak.

Meskipun pelbagai kesilapan dan kelemahan sudah berlaku, penganjur tetap tenang dan berazam untuk memperbaikinya pada majlis tahun depan.

Kategori anugerah juga akan ditambah supaya menarik lebih ramai penyertaan dengan membuka penyertaan kepada pelajar institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) bagi menghargai bakat mereka dalam industri itu.

“Tahun depan kita akan mula perancangan lebih awal iaitu sekitar September ini dan akan memperba�nyakkan kategori termasuk membuka penyertaan kepada pelajar IPT,” katanya yang merancang menganjurkannya di tempat lebih besar seperti Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) atau Pusat Persidangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).

Tahun ini, sebanyak 62 anugerah dalam pelbagai kategori diberikan kepada petugas belakang tabir yang bekerja dengan cemerlang sepanjang tahun lalu.
Tanpa mereka yang menjadi tulang belakang kepada industri seni, tidak mungkin mereka yang di depan kamera akan berjaya.



Dokumentari
Dokumentari Terbaik: Kawad Maut Sandakan/Basir Sisono
Pengarah Terbaik: The Malayan Emergency/Harun Rahman
Audio Terbaik: The Malayan Emergency/Helmi Hamren
Videografer Terbaik: Jejak Rasul/Zainal Ariffin

Multiple Camera Production (MCP)
Producer Terbaik: Lantera Aidilfitri/Datin Zaiton Mohd Jiwa
Pengarah Terbaik: Kemuncak Sehati Berdansa Musim Ke-2/Hisyamuddin Sehan
Audio Terbaik: Akademi Fantasia Akhir/Iskandar Husin
Rekaan Set Terbaik: Macam-Macam Aznil/Rafidah Othman @ Afiey


Iklan (Komersial)
Komersial Terbaik: Standard Chartered/Passion Pictures
Pengarah Terbaik: Standard Chartered/Passion Pictures
Pengarah Seni Terbaik: Standard Chartered/Passion Pictures
Sinematografer Terbaik: Petronas CNY 2010 - Elephant Man/Chilli Peppers

Telefilem
Telefilem Terbaik: Sebelum Akhirat/Zainuddin Mohd Ismail
Producer Terbaik: Sebelum Akhirat/Zainuddin Mohd Ismail
Audio Terbaik: Melankolik Bulan Madu/Izyan Liyana Mohd Ghazali
Kontinuiti Terbaik: Cahaya Lailatul Qadar/Wan Saiful Syahrizan Wan Nawi
Pengurus Produksi Terbaik: Pun Pun/Ismail Fadly
Penyunting Terbaik: Sebelum Akhirat/Zainuddin Mohd Ismail
Videografer Terbaik: Kalimah Syahadah/Ahmad Tarmizi Abdullah
Jurusolek Artis Terbaik: Sebelum Akhirat/Zainuddin Mohd Ismail
Kesan Khas Terbaik: Sebelum Akhirat/Zainuddin Mohd Ismail
Pengarah Terbaik: Jantung Ini Bukan Milikku/Rashid Sibir
Pengarah Seni Terbaik: Perigi Kontang/Mohamad Habibullah Mohd Zin
Operator Kamera Terbaik: Jantung Ini Bukan Milikku/Zuhiri Mat Ali

Drama
Penyunting Terbaik: Noktah Erna/Izyan Liyana Mohd Ghazali
Pengarah Seni Terbaik: Keliwon/Azlan Adzanan
Kesan Visual Terbaik: Ular Emas/Zainuddin Mohd Ismail
Audio Terbaik: Aliff Firdaus/Kamaruddin Jaafar
Operator Kamera Terbaik: Keliwon/Zuhiri Mat Ali
Jurusolek Artis Terbaik: Ular Emas/Zainuddin Mohd Ismail
Pengurus Produksi Terbaik: Aliff Firdaus/Irwan Abd Ghani
Pengarah Terbaik: Asmara/Heykal Hanifah
Producer Terbaik: Noktah Erna/Datin Zaiton Mohd Jiwa
Drama Terbaik: Asmaradana/Sonata Pictures Sdn Bhd
Pembantu Produksi Terbaik: Chinta/Mohd Asrul Ahmad Puah
Videografer Terbaik: Papa Nak Kahwin/Muhaimin Azaini Mohd

Filem
Producer Terbaik: Ice Kacang Puppy Love/Too Wen Pin
Pengarah Terbaik: Setem/Kabir Bhatia
Penyunting Terbaik: Evolusi KL Drift 2/Shamsul Yusof
Key-Grip Terbaik: Estet/Wahiudin Daniel
Operator Kamera Terbaik: Estet/Indra Che Muda Redzuan
Pengarah Seni Terbaik: Magika/Johan Lucas
Pengurus Produksi Terbaik: Evolusi KL Drift 2/Isma Riza Muhammad
Sinematografi Terbaik: Setem/Mohd Noor Mohd Kassim
Pereka Kostum Terbaik: Magika/Hasnan Yaacob
Audio Terbaik: Magika/Amaludin Syukri
Kesan Visual Terbaik: Magika/Amaludin Syukri
Stuntman Terbaik: Evolusi KL Drift 2/Najmi Ismail
Kontinuiti Terbaik: Talentime/Hashim Sakiri
Jurusolek Artis Terbaik: Hantu Kak Limah Balik Rumah/Mohd Fuad Ariffin
Ketua Props Terbaik: Ice Kacang Puppy Love/Wong Chun Lim
Pereka Set Terbaik: Talentime/Wong Voon Leong
Operator Steadycam Terbaik: Pisau Cukur/Haris Hue Abdullah
Pembantu Produksi Terbaik: Muraly a/l Paramasivam

Majalah TV Terbaik: Rasikalam Rusikalam/Francis Silvan
Filem Pendek Terbaik: Recharge In A New World/Yoki Chin
Animasi Terbaik 2-D: Return To Africa 2010/Khoo Hong Seng
Animasi Terbaik Best 3-D: F1 Promo/Khoo Hong Seng
Program TV Terbaik: Rasikalam Rusikalam/Francis Silvan

Tokoh Filem Profima 2010: Datuk Yusof Haslam
Tokoh Akademik Profima 2010: Allahyarham Dr Anuar Nor Arai
Tokoh Media Profima 2010: Ku Seman Ku Hussein
Anugerah Veteran Profima 2010: Mohd Noor Tagaya


sumber METRO

2 ulasan:

  1. macam-macam..leh lak suke-suke tarik balik.patut nya xberlaku macam tu.haihh

    BalasPadam
  2. As salam...owh.memalukan jer bila situasi camtuu terjadi...mesti ade org buat silap n terlepas pandang...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...