Khamis, 23 Disember 2010

Yeah!!! Result PMR dah keluar...

Salam semua...

Dah makan tengahhari? Alhamdulillah... Aku nak ucapkan tahniah buat adik-adik yang dah ambil keputusan PMR. Yang berjaya tahniah sekali lagi, yang kurang berjaya takpa tingkatkan usaha SPM ada lagi. 

Yang gagal.. Cek balik kat mana silap kita, macam mana kita belajar. Macam mana hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan Ibu Bapa, guru dam masyarakat.. Pasti ada silap kat mana-mana

Teringat zaman aku nak ambil reslut PMR dulu tahun 1998.. nak pergi sekolah ambil result kene naik lori balak. nasib baik lori balak kosong.. kene berdiri kat bahagian belakang lagi.. Uiks dahsyat gile..... semuanya kerana bencana alam iaitu banjir, bus tak boleh lalu. so naik la lori balak.

review sikit artikel berita harian nie...


30,863 calon PMR peroleh A semua mata pelajaran


2010/12/23

PUTRAJAYA: Seramai 30,863 daripada 439,456 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini mendapat pangkat A dalam semua mata pelajaran, meningkat 0.65 peratus atau 2,675 calon berbanding tahun lalu.

Keputusan PMR keseluruhan itu diumumkan Kementerian Pelajaran sebentar tadi.



1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...