Pengikut

Siapa Sangka Siapa Menduga

Salam semua,

Apa khabar semua, sihat? aku nie tenggelam timbul jer kan? Tak berapa sihat, kene bisul hehehe... Ingatkan tak leh kena dah tua-tua nie... sakit la nak tunggu besar untuk dipecahkan.. orang kata apa... kene tunggu macam mata dia kel;uar vbaru boleh pecahkan... adus la..sakitnya.. Ada idea dan petua x?

Wikipedia cakap


Penyakit bisul merupakan kumpulan nanah terkumpul di dalam rongga yang terbentuk oleh tisu akibat proses jangkitan (biasanya disebabkan oleh bakteria atau parasit) atau sebarang bahan asing (contohnya. luka tikaman/tembakan). Ia merupakan sistem ketahanan diri tisu untuk menghalang penyebaran bahan berjangkit kepada bahagian badan yang lain.

Dari Pusat Maklumat Rakyat


BISUL


Walaupun kebanyakan masalah kulit tidak membahayakan nyawa tetapi ia boleh mendatangkan rasa tidak selesa dan mengganggu emosi pesakit. Lebih-lebih lagi jika keadaan itu berinflamasi seperti bisul dan karbunkel – ketulan sakit dan bernanah yang terbentuk di bawah kulit apabila bakteria menjangkiti satu atau lebih folikel rambut anda.

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh.


Menurutnya, bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel.

Lagi artikel sama : [ sini ]
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen