Teks oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 20 DIS 2010: Ketiadaaan juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir pada Konsert Ria 2010 yang diadakan di i-City, Shah Alam, Ahad lalu mengundang tanda tanya ke mana hilangnya Shahir?
Malah, ketidakhadiran Shahir pada konsert yang telah mencanangkan namanya itu mengukuhkan lagi spekulasi tentang dia yang dikatakan tidak hadir ke sesi fotografi anjuran pihak media pada saat akhir.
Sungguh pun pihak pengurusannya iaitu Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) telah menyatakan bahawa Shahir tidak sihat, namun masih ramai was-was akan keadaan Shahir yang sebenarnya.
Bagi mendapatkan kepastian ini, murai.com.my telah menghubungi ibu kandung Shahir, Mahanom Osman yang lebih mengetahui keadaan anaknya itu.
"Sebenarnya, Shahir ada di kampung sekarang bersama kami sekeluarga. Memang benar sekarang ini Shahir sedang sakit. Terus-terang, makcik tak mahu komen lebih tentang apa yang telah tersebar luas oleh media terhadap Shahir.
"Apa yang boleh makcik katakan, Shahir sekarang ini sering migrain. Sebelum masuk AF lagi, Shahir memang selalu juga diserang migrain. Mungkin sekarang ini sakitnya itu datang semula disebabkan dia terlalu banyak berfikir.
"Shahir masih lagi sihat dan dia perlukan rehat yang secukupnya. Mak cik tak ingatlah dah berapa lama Shahir berada di kampung, tapi lebih seminggu dia berada di kampung," kata ibu Shahir.
Dalam pada itu, untuk tidak mengundang pelbagai spekulasi yang lebih memudaratkan, Mahanom berharap agar penjelasan ini menjawab segala pertanyaan terhadap anak terunanya itu.
"Walaupun, saya ibu Shahir, namun apa yang berlaku padanya selama ini tidak semua yang makcik tahu. Apapun, bagi pihak Shahir, makcik minta maaf sekiranya Shahir ada membuatkan pihak tertentu terguris atau terasa.
"Saya harap semua doakan Shahir kembali sembuh seperti biasa dan maafkan dia. Setakat ini dia perlukan rehat sebelum muncul semula dalam anugerah juara lagu tidak lama lagi," jelasnya.
sumber : murai.com
sumber : murai.com
Huhuhuhu.. cerita artis.. kalau jiwa tak kental jgn pilih jd artis
BalasPadamowhh...shahir migrain ehh...cian dy..syafakallah..moga Allah menyembuhkan dy..=)
BalasPadam