Khamis, 23 Disember 2010

Entri Malam | Shahazrin.com

Salam semua,

Entry malam nie aku nak membebel sikit. Permulaan berblog aku tak mengharapkan apa-apapun. Cuma aku dah bosan menyingkap gambar-gambar di Facebook malah aku ada menguruskan sesuatu GROUP yang berkaitan dengan bidang tugas aku. Dan memang aku asyik dengan FB nie.

Dalam blog nie banyak perkara yang aku jumpa, lebih dari apa yang ada di facebook. Di facebook kita akan tertarik dengan status yang ditulis oleh rakan-rakan yang menulis tentang 1001 macam perkara yang terjadi dalam hidup mereka.Dalam Blog??? macam-macam ada. Begitu juga gambar.

Permulaan berblog aku tak pernah rujuk mana-mana pihak untuk membina blog. Semuanya atas usaha sendiri. dan aku tak paham apa-apa tentang blog. Tapi masa mengajar aku memahami blog. Mula mengenali cara untuk menambahkan sumber kewangan. dari zero kini ku dah ada 5 BE... Kemajuan....

Bagi aku berblog nie bukan sekadar kita berkongsi tentang diri kita. Apabila berkongsi tentang sesuatu biarlah ianya boleh memanfaatkan seseorang tentang sesuatu perkara yang mereka ini tidak pasti. Sebab apa aku cakap mereka ini tidak pasti, sebab mereka masuk ke Alam maya nie mungkin mencari sesuatu, sesuatu yang tak pasti mungkin.

Apapun pada yang baru nak berblog, anda tak perlu terburu-buru untuk mengejar sesuatu. Bnyak yang perlu dipelajari. Insya Allah berjaya...

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...