Ahad, 26 Disember 2010

Malaysia Belasah Indonesia 3-0

Piala Suzuki AFF: Malaysia menang bergaya 3-0 ke atas Indonesia




2010/12/26

KUALA LUMPUR: Malaysia menang selesa 3-0 ke atas Indonesia 3-0 pada final pertama Piala Suzuki AFF, di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Gol Malaysia diperoleh menerusi Safee Sali pada minit ke-60 dan 72, manakala Asaari Shamsudin pada minit ke-67.


kuad negara akan bertandang ke Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta Rabu ini untuk final kedua.
Dengan kemenangan itu, Malaysia semakin hampir mendakap Piala Suzuki AFF dengan berbekalkan tiga gol di Indonesia nanti.

Perlawanan agak seimbang pada separuh masa pertama tetapi beberapa peluang Malaysia untuk mendahului tidak dapat disempurnakan.

Masuk separuh masa kedua, Malaysia menggandakan asakan dan pada minit ke-50 pengadil terpaksa menangguhkan perlawanan hampir 10 minit berikutan tindakan penonton memancarkan cahaya laser ke arah pemain Indonesia

sumber berita harian

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...