Pengikut

40 syarikat sertai Karnival Jom Cari Kerja

PUTRAJAYA: Lebih 40 syarikat yang menjadi ‘pemain utama’ dalam industri perniagaan di negara ini bakal menyertai Karnival Jom Cari Kerja, Azam Kerja 1Malaysia di Kompleks Kejiranan Presint 9 pada Sabtu dan Ahad ini.
Bukan itu saja, karnival anjuran bersama Majlis Belia Kawasan Putrajaya, JobsMalaysia, Jabatan Tenaga Kerja, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Perbadanan Putrajaya itu membuka ruang dan peluang bagi mencari pekerjaan, memulakan kerjaya selain menyertai bidang keusahawanan. Pengerusi Majlis Belia Kawasan Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, berkata karnival itu terbuka kepada semua pengunjung dan turut membuka ruang kepada individu yang berminat membabitkan diri dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya, walaupun golongan sasaran belia, penuntut institusi pengajian tinggi, suri rumah dan ibu tunggal di Putrajaya, tetapi pengunjung luar juga boleh mengambil bahagian. “Program yang bakal dirasmikan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim itu memberi fokus penyelesaian masalah belia melalui usaha mengadakan peluang kerjaya, penempatan kerja dan penyertaan dalam bidang keusahawanan. “Program ini akan menggunakan konsep pusat sehenti,” katanya.

Previous
Next Post »

1 Komen:

Write Komen