Sabtu, 25 Disember 2010

Cerita "KakaK"

Salam semua,

google

Nak tulis pasal anak aku, kakak... baru sambut ulang tahun hari lahir ke dua 22/12 lepas... mengimbau dua tahun lepas memang sesuatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Kali pertama nak menimang cahaya mata.

Alhamdulillah, syukur sangat.... hospital putrajaya menjadi saksi. rasanya baru semalam.. Tadi masa dalam kereta, kakak duduk di kerusi hadapan aku drive.. kakak cakap kat aku " abah nak akai pakai kasut" - " sabarlah dulu abah tengah drive" , kakak dah mula nak tunjukkan kedegilan dia, kakak tunduk dan mula mengambil kasutnya yang berada di lantai bawah dihadapan seat kereta... eiii geram nya, bukan peer takut terjatuh...

Sambil berhenti di lampu isyarat, aku sibuk melihat gelagat dua pekerja GIANT memadamkan api yang terbakar di iklan banner dihadapan pasaraya tu..

Lampu isyarat bertukar hijau aku masuk gear dan teruskan perjalanan. Tiba- tiba aku terpandang anak aku.... " Kakak... bila kakak pakai kasut??? Kakak dah pandai pakai kasut???" "pandainya anak abah"
Terharu rasanya anak aku da pandai pakai kasut... cepatnya membesar... Alhamdulillah ..sihat cerdik dan cergas.. Love u kakak..

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...