Ahad, 19 Disember 2010

Nikmati Hujung minggu anda

Salam semua dan selamat pagi,

Manfaatkan cuti hujung minggu anda dengan sesuatu yang berguna, pergilah bersenam  di taman-taman  awam atau pun Gim yang ada di berhampiran anda. Yang paling penting ialah luangkan masa bersama keluarga yang tecinta. Tak kira apa sahaja yang kita lakukan seperti membeli belah dan sebagainya.

google : afizzat.blogspot.com

Anda adalah golongan yang beruntung kerana dapat berehat dan bercuti di hujung minggu, pada mereka yang jarang bersama keluarga mungkin akan cemburu dengan kelebihan orang yang boleh bercuti hujung minggu serta meluangkan masa bersama keluarga.

Keluarga utama iaitu anak dan isteri perlukan masa dari kita untuk kita luangkan masa dan menikmati kehidupan harmoni rumahtangga untuk kebaikan bersama.Mungkin ada antara kiyta yang jarang untuk meluangkan masa bersama keluarga, percayalah kita adalah orang yang rugi.

Bagi mereka yang belum berkahwin, luangkanlah masa bersama ayah dan ibubapa sementara diberimasa sebelum ajal menjemput kita atau keluarga kita.

1 ulasan:

  1. blom kawen ker?? la.. adik beradik sy ada 4 org solo. semua gadis2 belaka.. kekekeke

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...