Khamis, 14 Oktober 2010

Apalah nak jadi pulak nie....

Kadang-kadang kita rasa kitalah manusia paling susah dalam dunia, nak lagi bila ada masalah kewangan yang menyepit dan tersepit. Masa nie baru la nak terfikir, napelah aku tak menabung dulu. " Sesal dulu pendapatan....."

Cuba tengok bersamamu semalam... dah la kurang senang, di belenggu pulak dengan masalah sakit barah otak. Kesian betul... si isteri sakit saraf pulak... Dugaan yang mereka lalui lagi besar dan berat.. " berat mata memandang berat lagi bahu memikul"

"Beringat sebeum kena" jangan " nak terantuk baru nak teradah" ... Yang menjadi lebih berat bila kita memerlukan...  susahnya nak mintak pertolongan. Lagi kene bancuh ngan kene basuh ada la.. Ada nasihat yang membina. Ada pulak yang nak menjatuhkan dan ada pulak yang memberi harapan. Kita pun mengharap. Last-last habuk pun tarak... keh3...

Kita nie pulak yang kena tapis input yang diterima dari sudut pandangan positif supaya kita tak jatuh dan kecewa betul x?

Sabar, doa, ikhtiar dan tawakal.... Mohon supaya dikuat dan diteguhkan iman.

Yang kita nak kene ambil berat dan hargai ialah orang yang ada disisi kita masa kita susah... Walau macam mana pun still disisi... dan tak pernah nak lari... susah senang sama-sama ...

p/s : kredit untuk my wife.. love u...

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...