Jumaat, 15 Oktober 2010

Yang nie mesti.... memang patut.... Jangan main-main

gigitannya boleh membawa maut.

Kenal tak makhluk tuhan yang kat atas tu???? haa.... tau pun. Nyamuk. Bukan nyamuk biasa, nyamuk AEDES.. Sekeras mana pun kulit kita, sekuat manapun kita bila dah kena... Hilang semua tu.... 

Wikipedia Cakap:

Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya diperolehi daripada perkataan Greekaēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggiAe. albopictus merupakan species yang sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.

Pengelasan saintifik
Alam:Haiwan
Filum:Arthropoda
Kelas:Insecta
Order:Diptera
Famili:[[]]
Genus:Aedes
Spesies:A. aegypti, A. albopictus


Kes demam, kematian akibat denggi meningkat tahun ini

15/10/2010 3:18pm

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Sebanyak 38,330 kes demam denggi dilaporkan dari Januari hingga 9 Oktober ini, meningkat sebanyak 18 peratus atau 5,770 kes berbanding 32,560 kes bagi tempoh sama tahun lepas.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, kes kematian akibat demam denggi turut meningkat 62 peratus atau 45 kematian, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 117 berbanding 72 kematian dalam tempoh sama tahun lepas.


Untuk tempoh 3 hingga 9 Oktober lepas, sejumlah 911 kes demam denggi dilaporkan yang menunjukkan penurunan dua kes berbanding 913 kes pada minggu sebelumnya.


"Jumlah ini adalah 359 atau 65 peratus lebih tinggi berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada minggu sama tahun lepas iaitu 552 kes,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, enam negeri yang menunjukkan peningkatan kes itu minggu lepas ialah Terengganu dengan 35 kes, Johor (33), Sabah (11), Melaka (tiga) manakala Kedah dan Sarawak masing-masing dua kes. Tiada kematian dilaporkan. – Bernama




sila ambil berat tentang perkara ini, tidak mustahil anda akan menghadapinya... macam mana cara terbaik untuk mengelakkan anda menghadapi situasi ini.



  1. Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
  2. Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
  3. Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
  4. Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
  5. Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
  6. Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
  7. Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
  8. Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...