Pengikut

Weh.... Bersalam dan Macam-macam


Gambar En. Google



Teringat masa duu-dulu, arwah Tok Ayah selalu pesan, "Sat g kalau ada tetamu datang salam, cium tangan.. kalau dia nak balik pun salam, jangan sombong"... Itulah pesan yang selalu  Arwah tokayah pesan....  
Sampai kami adik beradik dah jadi tabiat, kalau nak balik dari kampung untuk kerumah sendiri mesti nak salam dengan Tok Ayah, walaupun dimana Tok Ayah berada akan kami jejaki. Walaupun dimajlis keraian atau kenduri kendara. 
Kesibukan hiruk pikuk kenduri akan terhenti seketika. Semua mata tertumpu kearah kami yang bersalaman. Sampaiadayang berkata " abang hamid dan kak esah ( nama tok ayah ngan opah ) didik anak cucu macam mana? sampai macam tu diaorang hormat orang tua. Tok Ayah hanya tersenyum...

Salam nie yang mana yang betul? Salam Cium dengan Mulut/Hidung ker Dahi???? Yang aku tahu la... Istilah cium tu dengan Hidung..... kalau ngan dahi kita panggil cium gak ker? Salam pun dah bertukar corak dan bentuk..


Gambar hiasan dari en. google

Gambar hiasan dari en. google


Ada yang perlu kita betulkan.. betultak???
Previous
Next Post »

4 Komen

Write Komen