Jumaat, 29 Oktober 2010

Kisah Anak di Malam Jumaat

Semalam jumpa kawan lama, lama betul tak jumpa.. 10 tahun ada agaknya... Soalan pertama yang di ajukan pada aku ialah.. " anak dah berapa" dengan senyuman aku menjawab "dua.. perempuan"...

Betul la dulu aku dengar orang tua-tua bercakap.. Nanti orang tak tanya berapa banyak harta kita, orang tak tanya berapa banyak kereta mewah kita. Orang tanya berapa anak kita... Harta yang paling bernilai dari segala harta yang ada. Anak....

Tak percaya cuba dengar bila mak ayah kita berjumpa dengan kawan-kawan dia.. mesti dia tanya... berapa dah cucu? Alhamdulillah.. ramai cucu eik... Dia bukan tanya berapa hektar dah tanah yang dikumpul... anak... cucu...

So, selagi boleh... tambah la anak.hehehe... jangan sampai dah tak boleh nanti baru nak cakap ruginya tak mengandung awal2... Tapi walaubagaimanapun aku nak tegaskan disini bahawa anak adalah harta yang tidak ternilai buat kita semua...  Sayangilah anak kita.. Jangan dera... Jangan buang atau campak2... Didiklah anak dengan baik.. ( untuk aku gak nie ) 

"JANGAN MACAM KETAM YANG BERJALAN BENGKOK, 
IA MENGAJAR ANAKNYA BERJALAN LURUS"

lagi cerita di sini


1 ulasan:

  1. mantap.. entry yang macam ni lah yang nak dibace.. singkat dan padat dengan mesej...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...