Jumaat, 8 Oktober 2010

Tarikh tutup mohon matrikulasi 2011/2012 dilanjutkan

Tarikh tutup mohon matrikulasi 2011/2012 dilanjutkan

07/10/2010 6:29pm

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi bagi sesi 2011/2012 telah dilanjutkan dari 10 Oktober kepada 30 November ini, menurut Kementerian Pelajaran.
Kenyataan kementerian itu hari ini menyatakan bahawa semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh membuat permohonan melalui laman sesawang baru di http://apps.emoe.gov.my/permohonan-matrikulasi.
Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) pula boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM6 bagi permohonan melalui internet.
Orang ramai boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-88844036/4040 mulai pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja) untuk sebarang maklumat lanjut.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...