Jumaat, 8 Oktober 2010

Sakit Puan

Gerakan nadi laju dikhuatiri jejas kandungan


SAYA hamil 12 minggu. Masalahnya, nadi saya biasanya laju seperti orang yang baru selesai bersenam atau berlari.

Mengapa kejadian itu berlaku dan apakah puncanya? Adakah ia memudaratkan saya dan bayi? Adakah ia gejala penyakit jantung?

MIMI,
Petaling Jaya, Selangor.




TUBUH wanita hamil melalui banyak perubahan atau penyesuaian sistemnya bagi menampung keperluan kandungan, keadaan ini normal dan diistilahkan sebagai perubahan fisiologi.

Antaranya, pada organ jantung dan aliran darah. Ini dapat memastikan aliran darah ke kandungan (melalui uri) berada pada kadar yang mencukupi agar makanan dan oksigen dapat disalurkan daripada ibu dan bahan buangan dapat dikumuhkan melaluinya kembali kepada ibu.

Memandangkan isi padu output jantung menjadi lebih sehingga bertambah sebanyak 50 peratus daripada output asal, jantung perlu bekerja lebih untuk memastikan isi padu ini dapat dipam atau dialirkan.

Ini menyebabkan kadar denyutan jantung juga bertambah. Dalam dunia perubatan, istilah bagi nadi laju atau kadar degupan jantung meningkat adalah ‘takikardia’ jika kadarnya mencapai 100 denyutan atau lebih dalam seminit.

Anda tidak menyatakan kadar kelajuan nadi anda. Dijangkakan wanita yang lazimnya mempunyai degupan jantung 70 seminit, apabila hamil ini boleh bertambah kepada sekitar 90 denyutan seminit.

Setiap wanita hamil lazimnya disaring untuk penyakit jantung, melalui pertanyaan sekiranya terdapat sejarah penyakit jantung ataupun sekiranya mengalami simptom yang memungkinkan penyakit jantung dan menjalani pemeriksaan tekanan darah serta penilaian bunyi degupan jantung.

Sekiranya terdapat perubahan mencurigakan, pemeriksaan atau ujian lanjutan (ECG, ultrabunyi jantung, ujian darah dan seumpamanya) akan dilakukan.

Keadaan kesihatan am yang kurang mencukupi seperti kurang hemoglobin darah (anemia) juga boleh menyebabkan degupan jantung menjadi bertambah laju. Anda dinasihatkan menyuarakan masalah ini kepada doktor anda pada lawatan antenatal akan datang.

Buat sementara waktu, kurangkan aktiviti seperti senaman kerana ia juga akan tambah meningkatkan kadar degupan jantung.

Untuk makluman tambahan, memandangkan anda kini akan memasuki trimester kedua, eloklah bersedia terhadap kesan penurunan tekanan darah yang boleh menyebabkan anda berasa seperti hendak pitam terutama apabila berdiri secara mendadak daripada posisi duduk atau berbaring. 
Meminum air yang mencukupi, menjaga pengambilan makanan dan tidak berdiri buat masa yang lama dapat melegakan

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...