Jumaat, 29 Oktober 2010

Hukum Menutup Aurat


Allah S.W.T mewajibkan kepada orang Islam lelaki dan perempuan supaya memelihara aurat dan mengawal pandangan daripada melihat perkara-perkara yang tidak diharuskan bertujuan untuk menjaga kehormatan diri masing-masing, selaras dengan firman Allah dalam Surah An-Nur ayat ke 30 & 31.
Ayat tersebut juga menekankan bahawa, perempuan Islam tidak dibenarkan menunjukkan perhiasan diri mereka kepada lelaki Ajnabi.
Pengertian Aurat
Aurat dari segi bahasa adalah sesuatu yang mengaibkan. Dari segi istilah pula merupakan bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau Ajnabi.
Hukum Menutup Aurat
Hukum menutup aurat adalah wajib bagi lelaki dan perempuan Islam yang bertujuan untuk menjaga kehormatan diri.
Batas-batas Aurat
1) Aurat lelaki
a. Dengan perempuan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.
b. Dengan perempuan bukan mahram adalah diantara pusat dengan lutut.
c. Dengan perempuan bukan Islam adalah diantara pusat dengan lutut.
2) Aurat perempuan
a. Dengan mahram lelaki adalah diantara pusat dengan lutut.
b. Dengan lelaki bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.
c. Dengan lelaki bukan Islam adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
Sebab-sebab Diwajibkan Menutup Aurat
1) Menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan dan maruah diri.
2) Menghindarkan diri dari terjerumus ke lembah maksiat.
3) Membezakan keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam.
4) Menggambarkan umat Islam yang patuh dan taat kepada perintah Allah.
Risiko Mendedahkan Aurat
1) Mendedahkan diri kepada fitnah.
2) Terdedah kepada pergaulan bebas.
3) Bagi perempuan yang mendedeahkan aurat, mereka terdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral dan berkemungkinan besar terjerumus ke lembah penzinaan.
4) Menggambarkan tahap kelemahan iman atau iman yang tidak mantap.
Hikmah diwajibkan Menutup Aurat
1) Memuliakan manusia sebagai makhluk yang paling istimewa.
2) Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab.
3) Dapat mengelakkan diri daripada sebarang fitnah.
4) Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada syariat Allah S.W.T.
Tutup+Aurat+Yg+Betul_Page_1
Tutup+Aurat+Yg+Betul_Page_2
Sumber :  Islamic Youth Association of Manipal
This entry was posted in

2 ulasan:

  1. terima kasih SM... peringatan hari-hari dan berulang-ulang kali...

    BalasPadam
  2. terima kasih kerana sudi menyebarkan syiar islam ..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...