Isnin, 11 Oktober 2010

Bukan proton jer, Mercedes pun tarik gak.

Mercedes tarik balik C-Class, E-Class


Mercedes Benz C-Class.


WASHINGTON - Pengeluar kereta Mercedes-Benz mengumumkan penarikan semula kira-kira 85,000 unit kenderaan model C-Class 2010 dan model E-Class Coupe serta Cabriolet 2011 kerana masalah stereng.
Menurut agensi berita AP semalam, sistem stereng kenderaan itu mungkin gagal berfungsi sepenuhnya ekoran kebocoran cecair stereng.
Laporan mengenai masalah itu dikemukakan kepada Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA).
Menurut pengeluar kereta itu, satu penyambungan pada saluran stereng kuasa didapati tidak berfungsi dengan sempurna sekali gus mengakibatkan cecair untuk stereng mengalami kebocoran.
"Pemilik-pemilik mungkin tidak mempunyai kawalan yang mencukupi ke atas kereta itu ketika berada dalam keadaan seperti mahu meletakkan kenderaan di tempat letak kereta yang memerlukan kuasa maksimum stereng," kata pengeluar kereta tersebut dalam satu laporan kepada NHTSA yang didedahkan oleh LA News Monitor.com.
Syarikat pengeluar kereta dari Jerman itu mengetahui masalah itu berdasarkan aduan daripada beberapa pengguna kenderaan berkenaan.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...