Sabtu, 4 Disember 2010

Kisah Tolak Motor


Salam semua,

Hujan yang turun bagaikan mutiara, basah kuyup sampai office tadi. Hujan rahmat yang turun untuk memberi seribu rahmat kepada makhluk dunia. Menyuburkan tanaman, menyejukkan suhu persekitaran yang panas.

Erm... tapi aku nak cerita pasal kejadian yang baru berlaku tadi, sampai di pertengahan jalan aku lihat seorang lelaki melambai tangan kearah aku didalam hujan. Dari jauh aku melihat terdapat tongkat seperti tongkat orang OKU didalam raga motorsikalnya.. Dengan rasa simpati aku berhentikan motorsikal aku walaupun hujan lebat.

Sempat aku bertanyakan kepada lelaki itu kenapa dia memanggil aku, dia mengatakan dia dalam perjalanan ke Puncak Alam untuk melihat adiknya yang baru lepas bersunat. Motosikalnya kehabisan minyak dan dia minta aku untuk menolak motornya ke stesen minyak yang terletak 2km dihadapan. Aku berasa simpati dan menolak motorsikal berkenaan.

Sampai di stesen minyak yang terletak disebelah jalanraya, dia meminta aku untuk teruskan menolak sehingga ke stesen minyak yang terletak lagi 1km dihadapan. dengan serbasalah aku pun terus menolak. sesampainya distesen minyak dia kata tunggu sekejap. Erm... dalam hati aku, kalau nak bagi duit takpayah la.. aku ikhlas...

Tapi... bang boleh tolong saya tak? abang sedakah kan saya RM10 saya nak tuang minyak motor RM5 dan nak bagi adik saya RM5.. saya cuma ada RM6 jer dalam poket... " Ha!!! aper? ulang balik " dia tetap ungkapan perkataan yang sama. Iskh apa yang dia nak nie?? 

Aku rasa dipermainkan jer... nak marah pun ada.. sabor....sabor... Aku beritahu dengan baik yang aku takda duit dan minta diri untuk pergi kerja...

hurm... dalam perjalanan kepejabat, aku pikirkan salah ker aku  buat macam tu?? ermmm entahla...

5 ulasan:

  1. pergh pelik sungguh kejadian tue...

    BalasPadam
  2. katak takut ujan bro, heeeee,, guro jek...

    tapi dalam hal nie, kesian pun ade... btw, ko dah tolong tolak tu kire ok... :D

    BalasPadam
  3. baik nye kamu...xsalah cara kamu..at least tolong jugak kan.. ^_^

    BalasPadam
  4. buat amal jariah abang shah kite hari ni.. tak pe, amal yg baik dibalas tuhan kelak...

    BalasPadam
  5. cerite ni 1st time dengar ni.. jap bagi masa setengah hari utk aku analisa....hurmmmphhh nanti dah analisa aku advise ko ye...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...