Sabtu, 4 Disember 2010

BAS REMPUH RUMAH

BAHAGIAN depan rumah Zakaria Dollah, 66, di Kampung Wakaf Merah, Tendong, Kelantan, ranap manakala keretanya rosak teruk dirempuh bas ekspres pagi tadi. Bagaimanapun, Zakaria, isteri dan sembilan anak mereka yang sedang tidur terselamat dalam kejadian 5.15 pagi itu. Pemandu dan 26 penumpang bas berkenaan juga dilaporkan tidak cedera. - Foto NSTP
Dec 4, 2010 7:47 pm

Sekeluarga nyaris maut bas ekspres rempuh rumah
Oleh Khairul Anuar Abdul Samad

2010/12/04

KOTA BHARU: Seramai 11 orang dalam satu keluarga, nyaris maut apabila sebuah bas ekspres merempuh bahagian hadapan kediaman mereka, di Kampung Wakaf Merah, Tendong, dekat sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 5.15 pagi itu, tiada sebarang kecederaan dilaporkan termasuk 26 penumpang bas berkenaan yang sedang dalam perjalanan daripada Pulau Pinang ke Kota Bharu.

Pemilik rumah terbabit, Zakaria Dollah, 66, berkata ketika kejadian beliau berada dalam bilik air rumah berkenaan dan dikejutkan oleh isterinya, Wan Meriam Wan Idris, 43, mengenai kemalangan itu.
Katanya, beliau terus keluar rumah apabila mendengar bunyi dentuman kuat dan terkejut apabila mendapati bahagian hadapan rumahnya ranap serta keretanya rosak teruk. 

"Walaupun rumah dan kereta rosak teruk, namun saya bersyukur isteri dan sembilan anak yang masih tidur dalam rumah terselamat dalam kejadian yang menakutkan itu. Ini adalah kejadian pertama menimpa kediaman yang diduduki sejak 10 tahun lalu walaupun terletak berhampiran dengan jalan utama," katanya. 

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...