Isnin, 3 Januari 2011

MUHASABAH DIRI | SHAHAZRIN.COM


Salam semua... Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita diberi kesempatan sekali lagi untuk menunaikan maghrib hari ini. Bertuah kita kerana diberikan kesempatan yang mungkin kesempatan ini tak diberikan kepada mereka yang dijemput Ilahi sebentar tadi, pagi tadi, semalam, kelmarin dan hari sebelumnya. Semuanya suduh tertulis yang setiap manusia yang hidup pasti kan menemui ajal.

Kita sebagai manusia yang sangat kerdil berbanding Penciptanya wajib merendah diri dan jangan takbur sombong bongkak. Setiap hari bumi yang kita pijak sentiasa berkata-kata " wahai manusia, jangan lah kamu bongkak dan sombong diatas muka bumi ini nescaya apabila engkau masuk kedalam perutku akan aku himpit badan kamu sehingga bertemu rusuk kiri dan rusuk kanan"

Dunia ini hanya pinjaman, semuanya bersifat sementara. Harta, kekayaan wanita hanya hiasan dunia. Yang kekal hanya diakhirat. Jadi dikesempatan yang ada nie, cuba muhasabah diri kalau nak buat azam jadikan azam tahun ini untuk perbaiki diri sendiri. Jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas ok.. Renung-renungkan....

note : gambar google.

0 Komen:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...