Klik link bawah atau gambar kalau nak join.
Salam semua, permulaan aku berblog aku tak fikirkan apa-apa pun saja suka-suka. Aku blur dan tak tahu macam man nak cari idea. Aku cuba copy paste artikel yang aku terima dalam email aku jer. Pahit getir? erm.. kalau nak cerita memang panjang. Bukan senang berblog nie. Nak lagi bila kita dah ada target yang nak dicapai.
Walaupun aku nie x sehebat mana, tapi aku yakin satu jer, kita nie sama manusia,...tak ada beza. Tapi satu yang aku nak kongsi pada kawan-kawan semua aku pernah batalkan lebih dari 2 kontest sebab langsung takda sambutan. Aku cuba tawarkan hadiah yang lumayan.. Cuma ada beberapa syarat yang mungkin blogger rasa leceh nak ikut. Tapi takpa la... Kalau RM 50 bukan sikit nak dapat. Betul tak? apa salahnya keje keras sikitkan??
Ini ENTRI aku yang pertama, takda komen langsung... kalau klik dan baca komen yer.. ahaks.. Peminat pertama aku LINGGLUNG komen pada entri SLOT AKASIA: TV3 ADAMAYA. Itu usaha pertama aku, kalau ada kutukan dan kejian atau cacian aku tak ambil kisah sebab ini jurnal aku dan aku punya suka nak buat apa. Aku ambil positif setiap apa pun kritikan pada aku. Itu cabaran buat aku. Buktinya, walaupun Follower aku sikit tapi Alexa rank aku 1422 hari ini.. dan yang paling penting BE Nuffnang dan duit yang semakin bertambah heheheh...
Kalau Ben baca entri aku nie, aku nak ucapan terima kasih pada Abang Ben aku nie. Banyak tunjuk ajar yang aku dapat dari dia. Secara peribadinya bila ada masalah tentang berblog, pageview, nak tambah follower dan macam-macam lagi. Beliau adalah orang pertama yang akan aku ajukan soalan.
Selalu BEN cakap buat jer... xpa..yang penting USAHA.
Terima kasih Ben..
Setkat ini sahaja la yer. Panjang-panjang nanti jemu pulak nak baca yer tak?? sekian Wassalam...
betul btul .. abg Ben mmg byk mbantu =)
BalasPadamyeah...semoga terus maju jaya dalam dunia blog...
BalasPadam