Pengikut

AYAM BERKOKOK | SHAHAZRIN.COM

dwaty85.blogspot.com
Salam semua, esok 20 hingga 23 hb aku kan bercuti. Tak pergi mana pun, balik kampung jer.. berehat. Lama dah tak berehat dan tinggalkan kesibukkan kota.

Saja nak bawak dua puteri aku balik kampung, mesti dua puteri aku tu seronok nak jumpa bapa saudara diaorang. Ada suatu masa tu aku balik kampung, anak aku yang sulung belum tidur teman aku tengok TV, anak aku nie kalau ABAH belum tido dia mesti tak tidur punya. Sampai la tiba-tiba ayam berkokok.. berlari anak aku sambil peluk aku dalam ketakutan.. Terkejut bunyi ayam berkokok.. aku nak gelak.. tapi cover, kesian pun ada..

Tu lakan.. lama sangat duk kat bandar.. Ayam berkokok pun dia takut.. sekarang anak-anak yang duduk Lembah Klang nie balik kampung mesti teruja melihat LEMBU, KAMBING, KERBAU.. dan macam-macam lagi la.. Tapi kalau yang takda kampung, tak tau la..
Previous
Next Post »