Pengikut

Apa Itu Glitterati Nuffnang | SHAHAZRIN.COM

Apakah dimaksudkan dengan “Nuffnanger Eksklusif”?

“Nuffnanger Eksklusif” merujuk kepada ahli blogger Nuffnang yang TIDAK mempunyai sebarang bentuk pengiklanan di dalam blog berdaftar mereka, sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pun pautan kepada mana-mana rangkaian pengiklanan yang berasal dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pengiklanan lain yang dianggap sebagai pesaing oleh pihak Nuffnang.

Bagaimana untuk menjadi ahli Glitterati Nuffnang?

Anda akan didaftarkan sebagai ahli Glitterati Nuffnang secara automatik sekiranya kesemua blog berdaftar anda tidak mempunyai sebarang bentuk pengiklanan sama ada melalui unit iklan, kenyataan atau pautan daripada mana-mana rangkaian pengiklanan dari Asia Timur Selatan atau rangkaian pesaing Nuffnang. Sistem kami akan mendaftar anda sebagai ahli Glitterati secara automatik dalam tempoh 4 hari.
Sekiranya sistem kami dapat mengesan mana-mana blog berdaftar anda mempunyai sebarang iklan atau pautan yang menghubungkan kepada rangkaian pesaing Nuffnang, status keahlian Glitterati anda akan disingkirkan dalam tempoh 4 hari.

Terma dan Syarat:

* Program Loyalti ini dibuka kepada semua ahli Nuffnanger eksklusif, di mana "eksklusif" bermaksud ahli blogger Nuffnang yang tidak mempunyai unit iklan di dalam setiap blog berdaftar yang berasal dari rangkaian pengiklanan lain di Asia Timur Selatan, atau dari mana-mana rangkaian pengiklanan yang dianggap sebagai pesaing langsung oleh pihak Nuffnang.
* Tarikh keahlian Program Loyalti ini tidak dapat dianjak lebih awal bagi mendapatkan keuntungan semasa menyertai program tersebut.
* Status Glitterati anda mungkin hilang sekiranya sistem perangkak kami gagal untuk mengesan unit iklan Nuffnang di dalam mana-mana blog yang telah berdaftar di dalam sistem (contoh: akses blog dihalang, unit iklan Nuffnang anda digantung, atau komputer pelayan yang mengendali blog anda tergendala), atau sekiranya blog anda tidak menjana trafik untuk tempoh masa yang lama.
* Mana-mana ahli blogger Nuffnang yang didapati cuba untuk memanipulasi syarat dan terma program ini akan digantung keahlian untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan.
* Nuffnang berhak untuk menghalang atau menggantung keahlian mana-mana ahli daripada menyertai Program Loyalti tanpa sebab atau alasan.
* Nuffnang berhak untuk menggubah terma dan syarat yang sedia ada. 
sumber : NUFFNANG
Previous
Next Post »

2 Komen

Write Komen