Isnin, 3 Januari 2011

Entri Pagi | SHAHAZRIN.COM

Assalamualaikum semua...selamat pagi.. Apa khabar?


Setelah keadaan jalanraya di beberapa tempat di Lembah Klang tenang  hampir sebulan lebih, hari ini setiap persimpangan lampu isyarat mula dibanjiri motokar. Kenalah beratur panjang ikut giliran untuk mara kehadapan. Seawal jam 0600 pagi tadi masa aku keluar rumah dah banyak kereta. Nak lagi hari ini hari pertama sekolah dibuka.


Erm.. cerita pasal sekolah dibuka, mesti ramai ibubapa masuk pejabat lambat sikit hari ini, Maklumlah hari pertama, ada anak yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah. Pasti bemacam-macam ragam yang dapat kita lihat bila tengok berita tengahari atau malam nanti..Yang menangis.. yang gembira.. semuanya ada.

Jadi kepada guru-guru yang berada disekolah tu, selamat kembali bertugas mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yang berguna. Kadang-kadang anak kita nie lebih ikut cakap guru dari mak ayah..ayat dia" cikgu adik tak cakap macam tu pun, dia cakap ..bla..bla.. bla.." ha kan biasa kita dengar macam tu.


Untuk adik2 yang menigkat dewasa, jangan tiru aksi gambar diatas.  Jadilah manusia yang bermaruah. Jangan biarkan hidup anda dibelenggu dosa... Adus.. tolonglah jangan yer.. Sekarang memang la tak menyesal.. Nanti menyesal kemudian tak ada gunanya.... Sekolah bukan tempat berasmara atau bercinta. Belajar la eik..

Ok..apa pun Mulakan hari dan tugas anda dengan "BISMILLAH" buat dengan ikhlas..Selamat Menjalankan Tugas.


note: Sumber gambar : Carian Google

5 ulasan:

  1. betul tu bro...
    sekolah tempat belajar, jgn nk buat benda pelik2
    takut nant menyesal xsudah, pelajaran la aset terbaik dalam hidup....

    salam perkenalan

    BalasPadam
  2. zaman berubah manusia brubah....semua pun brubah
    tp pemikiran masih ditakuk lama...terlalu mengagungkan cara barat sehingga nilai budaya jauh ditinggalkan....agama menjadi mainan hidup nasihat dijadikan gurauan....nice entry

    BalasPadam
  3. salam bro..
    zaman sekolah sekarang memang mencabar..xmacam zaman sekolah ceq n abg2, akak2 semua
    hanya iman yang mampu menahan semua dugaan globalisasi tu semua..
    semoga kita sentiasa dilindungiNYa..
    amin..=)

    BalasPadam
  4. salam..
    selamat kembali ke sekolah bg adik2 comey.bg ibu bapa tu kalau nak tunggu anak sepatutnya mereka bercuti,bkn mengular ye..hehe.haram hasil gaji jika mengular tu..huhu.

    BalasPadam
  5. hmm budak2 sekarang ni.adoi2 cmne la masa depan nt~

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...