Entri tahun 2011 nie dimulakan dengan keratan dua akhbar nie iaitu utusan dan berita harian, yang menjadi sumber untuk aku mecedok dan mengeluarkan entri jika ketandusan idea untuk menghasilkan entri untuk blog aku... Sila ikuti bersama yer.. |
BEKAS isteri penyanyi dan penceramah bebas Akhil Hayy, Maizawati Zainal,35, ditemani suaminya, Mohd. Yassin Ben@Abdul Rahim, 23 di wad Hospital Raja Permaisuri Bainun selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya, di Ipoh, Perak, 31 Dis. - Utusan/MOHD NAJIB MOHD NOR |
Bekas isteri Akhil Hayy terbabit kemalangan, kandungan selamat
2010/12/31
IPOH: "Saya bersyukur kandungan selamat walaupun doktor mengesahkan uri mengalami pendarahan kecil," kata Maizawati Zainal, 35, bekas isteri penceramah bebas, Akhil Hayy, yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas kereta dinaiki keluarganya terbabit dalam kemalangan di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini, Selasa lalu.Beliau yang mengandung hampir lima bulan berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 5.15 pagi selepas kereta dipandunya merempuh sebuah kereta lain yang tiba-tiba membuat pusingan U dan memasuki laluannya.
Katanya, rempuhan itu menyebabkan dirinya pengsan selain beberapa anggota badan cedera termasuk di dahi dan patah tangan kiri hingga terpaksa dirawat di hospital itu.Katanya, tiga anaknya iaitu Muhamad Syafrin Hidayahtullah, 3; Muhamad Shariff Hidayahtullah, 12; dan Siti Nur Maisarah, 13, bernasib baik kerana hanya cedera ringan manakala suaminya, Mohd Yasin Ben@Abdul Rahim, 23, tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Sejurus sebelum kejadian, saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan kami ke Stesen Bas Medan Gopeng untuk ke Singapura," katanya.
"Sejurus sebelum kejadian, saya bersama keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Utama, Bercham selepas menghantar rakan kami ke Stesen Bas Medan Gopeng untuk ke Singapura," katanya.
sumber berita harian & utusan
alhamdulillah selamat....
BalasPadamalhamdulillah....semuanya selamat walaupun maizawati agak teruk juga cedera dia...
BalasPadam