Salam semua, dah dengar pasal restoran tertinggi didunia? berikut adalah keratan akhbar dan beberapa gambar yang aku perolehi dari sumber google.
BERITA HARIAN
2011/01/24
DUBAI: Dubai menempa sejarah lagi apabila mencatat rekod memiliki restoran tertinggi dunia yang beroperasi di Burj Khalifa, bangunan pencakar langit tertinggi di dunia. Dinamakan "At.mosphere", restoran itu terletak di aras 122 di binaan tertinggi yang pernah didirikan di atas muka bumi, yang menakluki ruang angkasa Dubai.
Pada ketinggian 442 meter, restoran itu terletak hanya dua aras di bawah dek tinjauan luar Burj Khalifa iaitu "At the Top".
At.mosphere boleh memuatkan 210 tetamu dan mempunyai ruang legar yang luas dan mewah, dewan makan utama, bilik makan persendirian dan ruang pameran memasak.
"Burj Khalifa berjaya menjadi satu keajaiban kehidupan. Pengwujudan At.mosphere memberikan satu pengalaman menikmati hidangan tiada tolok bandingnya," Mohamed Alabbar, Pengerusi Emaar Properties dalam satu kenyataan.
Emaar adalah pemaju bangunan 828m Burj Khalifa yang menempatkan pelbagai kemudahan perniagaan, dan ruang bersantai serta kemudahan kediaman dan penginapan Armani Hotel Dubai dan Armani Residences. - BERNAMA
Gambar.
sumber google
sumber : http://www.dailymail.co.uk :-






thanks 4 da info
BalasPadamTinggi tu..mesti mahal makanan kat sana..ho2.
BalasPadamtak mampu nak makan. gayat! haha
BalasPadamaku pun tak larat.. gayat gak mcm miss dorayaki...
BalasPadam