Khamis, 13 Januari 2011

Johor: Anak peneroka hidup selesa

Johor: Anak peneroka hidup selesa
Oleh Mohamed Farid Noh
mfarid@bharian.com.my
2011/01/13

RUMAH  besar milik anak peneroka generasi kedua di  Felda Chemplak,  Masran  hasil pendapatan jualan getah dan kelapa sawit.
RUMAH besar milik anak peneroka generasi kedua di Felda Chemplak, Masran hasil pendapatan jualan getah dan kelapa sawit.
Generasi kedua, ketiga FELDA bidas dakwaan NGO konon hak mereka diabai

LABIS: Suara sumbang pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendakwa mewakili generasi kedua dan ketiga FELDA sambil menghasut supaya golongan terbabit bangkit menuntut hak mereka yang kononnya diabaikan agensi berkenaan dan kerajaan, disanggah golongan pelapis tanah rancangan di sekitar daerah ini.


Generasi kedua yang ditemui di sini, bersyukur menjadi warga FELDA, malah mengaku bertuah menjadi warga tanah rancangan berkenaan kerana nasib mereka terus dibela dan diberi perhatian kerajaan.
Anak peneroka yang kini menetap di FELDA Chemplak, Md Jalil Rahmat, 56, yang juga bekas pegawai agensi berkenaan, berkata dakwaan yang mengatakan FELDA dan kerajaan mengabaikan nasib golongan pelapis di tanah rancangan berkenaan sebagai melulu dan tidak mengikut fakta sebenar.

“Mereka yang membuat tuduhan itu adalah golongan yang tidak bersyukur dan tidak tahu apa erti kesusahan. Mereka adalah golongan yang dilahirkan pada zaman di mana mereka tidak pernah menyaksikan dan tidak menempuh bagaimana kesukaran golongan generasi pertama membuka FELDA daripada hutan belantara tebal menjadi sehingga seperti hari ini.

“Saya masih ingat ingat ketika bersama keluarga menjejakkan kaki di FELDA Chemplak ini pada 1961, kawasan ini adalah hutan tebal yang tiada apa-apa.

Bagaimanapun, kami sekeluarga amat bersyukur kerana sebelum menyertai FELDA keluarga kami hidup dalam kemiskinan daripada tidak mempunyai apa-apa sehingga berjaya mengumpul harta benda.
“Bagi saya, golongan yang mendakwa diabaikan FELDA dan kerajaan adalah golongan yang terlalu meminta-minta dan manja.

Banyak program serta insentif disediakan kerajaan khusus untuk generasi baru di sini di mana golongan luar tidak dapat nikmati dan hanya mampu memandang saja,” katanya.

Anak peneroka FELDA Chemplak, Masran Ahmad Sayuti, 40, yang juga seorang guru, berkata melalui FELDA beliau sekeluarga kini mampu membina banglo tersergam indah serta menetap berdekatan keluarganya, menerusi Skim Satu Peneroka-Satu Lot Tanah.

“Saya berterima kasih dengan FELDA kerana mewujudkan skim ini bagi membolehkan golongan generasi kedua juga memiliki lot tanah di tanah rancangan sama bagi membina rumah kediaman.

“Walaupun keluasan lot tanah yang diberi hanya kira-kira 7,000 meter persegi, ia adalah lebih daripada mencukupi untuk golongan generasi kedua yang mempunyai keluarga membina rumah.

“Ini saja sudah membuktikan bahawa FELDA prihatin terhadap nasib golongan pelapis warga tanah rancangannya. Saya tidak faham dengan dakwaan sesetengah golongan yang bukan saja masih enggan mengakui jasa FELDA.

“Malah, mereka cuba menghasut golongan muda supaya membenci kerajaan dan agensi itu, padahal selama ini mereka menghirup segala nikmat yang diberikan tanpa rasa malu,” katanya. - bharian

3 ulasan:

  1. pergh..dah macam rumah orang kaya kt KL dah..huhu

    BalasPadam
  2. @Rozuan Ismail tau takpa... risau kang dah masuk surat khabar..ada pengunjung yang x diundang plak..

    BalasPadam
  3. bagusnya kerajaan laksanakan program Felda ni.. Memang terbela nasib peneroka..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...