Salam semua, lepas tengok jer berita tadi terus jer search
So ini lah hasilnya yer.. Berikut adalah Jadual dan persoalan yang mungkin timbul dibenak fikiran anda.
Soalan-soalan lazim
Apakah Rapid Bas Wanita?
Rapid Bas Wanita adalah bas khas yang disediakan untuk memudahkan kaum wanita menggunakan pengangkutan awam dengan selamat, selesa dan berkeyakinan bersesuaian dengan tema kami “Lebih Selasa, Lebih Selamat”.
Bagaimana penumpang dapat membeza Rapid Wanita dengan Bas RapidKL yang lain?
Untuk menaiki Rapid Bas Wanita, anda perlulah menaiki bas yang mempunyai "Bas Wanita yang berwarna Merah Jambu yang dipamerkan pada cermin hadapan, pintu dan juga tingkap.
Mengapakah Rapid Bas Wanita ini diperkenalkan?
Tujuan Rapid Bas Wanita diperkenalkan adalah untuk memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan ancaman keselamatan semasa dalam keadaan bersesak-sesak.
Ianya juga merupakan tanggungjawab sosial kami untuk memastikan keselamatan kaum wanita adalah terjamin terutamanya semasa waktu puncak.
Apakah faedah kepada pengenalan Rapid Bas Wanita ini?
Faedah-faedah yang boleh dinikmati oleh penumpang-penumpang wanita adalah:
- Mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa gangguan seksual dan penyeluk saku;
- Mengelak ketidakselesaan kerana bersentuhan dengan penumpang yang berlainan jantina; dan
- Lebih menjamin keselamatan sepanjang perjalanan kerana Rapid Bas Wanita ini dipandu oleh pemandu terlatih kami;
Bilakah Rapid Bas Wanita ini akan beroperasi?
Kami menyediakan dua (2) bas yang akan mula beroperasi pada 1 hb Disember, 2010 dan laluan berikut adalah dipilih sebagai permulaan projek ini.
U1 | Hab Pinggiran Batu Caves |
U8 | Hab Damansara Damai |
U22 | Hab Sri Nilam |
U40 | Hab Terminal Kajang |
U60 | Hab Puchong Utama |
U80 | Hab UiTM Shah Alam |
U81 | Hab Subang Suria |
U1 | Hab Medan Pasar |
U8 | Hab Medan Pasar |
U22 | Hab Jalan Hang Lekiu |
U40 | Hab Pasar Seni |
U60 | Hab Pasar Seni |
U80 | Hab Pasar Seni |
U81 | Hab Pasar Seni |
Siapakah yang boleh menaiki Rapid Bas Wanita ini?
Wanita dari pelbagai peringkat usia. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama pengiring / saudara wanita dibenarkan menaiki bas ini.
Apakah yang boleh dilakukan jika terdapat penumpang lelaki menaiki Bas Rapid Wanita ini?
Kerjasama dari semua pihak amat kami hargai. Dengan cara yang berhemah, anda perlu memaklumkan dan meminta penumpang lelaki tersebut menaiki bas RapidKL seterusnya yang akan tiba di dalam masa 5-7 minit.
Jika bersama keluarga / pasangan / rakan lelaki, apakah pilihan yang boleh anda lakukan?
Anda mempunyai pilihan berikut:
- Menaiki bas RapidKL lain yang melalui laluan tersebutbersama-sama keluarga / pasangan / rakan lelaki anda; atau
- Ahli keluarga / pasangan / rakan wanita serta kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun ke bawah sahaja boleh menaiki Rapid Bas Wanita. Manakala ahli keluarga lelaki / pasangan / rakan lelaki boleh menaiki bas RapidKL seterusnya di laluan tersebut (berpisah sementara).
Bilakah Rapid Bas Wanita boleh dinaiki oleh semua penumpang?
Bas Rapid Wanita akan bertukar menjadi bas RapidKL biasa dan boleh dinaiki oleh semua penumpang apabila tamat tempoh perkhidmatan sepertimana jadual di atas.
Pengesahan pertukaran Rapid Bas Wanita kepada Bas RapidKl biasa akan dapat diketahui oleh penumpang melalui penurunan ikon Bas Wanita pada cermin hadapan, pintu dan juga tingkap
wow cepatnya update pasal bus nie...baru jer kuar berita utama td...hehehe.thanks sharing...maklumat yg berguna.baru nk cari td.dah jumpe sini...
BalasPadamMy recent post ►Motivasi : Tips Tingkatkan Motivasi Bekerja
saya dah penah naik bus rapid for women only! best! rasa selamat~ :)
BalasPadam