sumber : http://aberamly.wordpress.com |
Tumpat pula dijangka dilanda banjir
02/01/2011 6:22pm
RANTAU PANJANG 2 Jan. - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan menjangkakan daerah Tumpat bakal dilanda banjir dalam tempoh terdekat berikutan paras air di hulu Sungai Golok yang semakin surut.
Setiausahanya, Roslee Mamat berkata, limpahan air di hulu sungai tersebut telah mula turun ke kawasan muara dan akan menyebabkan kawasan rendah di Tumpat dinaiki air.
Beliau berkata, pihaknya sedang bersiap sedia untuk menghadapi keadaan tersebut tetapi menjangkakan ia tidak serius kerana berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, taburan hujan tidak terlalu tinggi di negeri ini.
"Lazimnya air di hulu akan mula turun ke kawasan hilir dan disebabkan itu kita mula bersiap sedia untuk menghadapi banjir di Tumpat.
"Biar pun keadaan cuaca yang semakin baik, kita masih tetap berjaga-jaga selagi musim tengkujuh belum berakhir Mac ini dan berdasarkan sejarah lalu, negeri ini pernah dilanda banjir pada Januari dan Februari, malah ada juga tahun yang langsung tidak dilanda banjir. Jadi ini bukan satu fenomena yang pelik," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan banjir Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad di sini, hari ini. - Utusan
jangan main air..
BalasPadambahaya..
aku da agak da..meamng da banjir pon..area umah aku jugak tu..hehehe
BalasPadamSEDIAKAN PELAMPUNG SEBELUM UJAN...
BalasPadamENTRI TERKINI BONTOT MENGELEBEH
siap sedia hadapi bnjir~~~....n plus jga diri
BalasPadamwarga tumpat~
ore tumpat ko boh?
BalasPadamjom join http://www.syoknyerblogging.com/