Isnin, 3 Januari 2011

Perempuan kini lebih suka menipu | SHAHAZRIN.COM

Petikan dari Harian Metro.. Betul ker nie???? Ladies...jawab2..



LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.
Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.

Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.
Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.

Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa. - Agensi

8 ulasan:

  1. erk tak kuasa aku nak kawen laki yang dah berpunya.

    BalasPadam
  2. muahaha..suku je yang nak laki dah berpunye..yang ni mmg btol2 die hard fan..

    BalasPadam
  3. heh ape jadah nak kat suami orang? hidup laki bujang! *tiba2 :)

    BalasPadam
  4. sokong cik tomyam... hihiihih...

    BalasPadam
  5. they do so because they have their own interests, for example, to conceive as set. huahua. insya Allah, i'm not like them either. weee ~

    BalasPadam
  6. dah tu xkan mau bcinta dengan gay kot duhai lelaki diluar sana....titik...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...