Sabtu, 4 Disember 2010

POLITIK MALAYSIA

google  search : siasahdaily.blogspot.com 

 

'Anwar cuba perangkap Najib'

KUALA LUMPUR 3 Dis. - Kerajaan tidak perlu terperangkap dengan mainan politik pembangkang yang sememangnya mendambakan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 dilaksanakan pada tahun hadapan.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, soal pilihan raya umum tidak perlu terlalu dilayan oleh kerajaan kerana Barisan Nasional (BN) masih mempunyai mandat sehingga 2013.
Menurut Syed Ali, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja memalu gendang pilihan raya dengan harapan kerajaan akan terperangkap bagi membolehkan pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya digugurkan.
"Ini adalah taktik Anwar supaya Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengadakan pilihan raya umum pada pertengahan tahun depan bagi membolehkan beliau menggunakan isu tersebut untuk memburukkan kerajaan dan kepimpinan UMNO.
"Anwar sengaja berbuat demikian kerana perbicaraan kes liwatnya dijangka tidak akan selesai pada tahun depan, jadi peluang itu akan dimanipulasikan sebagai kempen politik jika PRU-13 dilakukan pada 2011," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas polemik mengenai khabar angin kononnya PRU Ke-13 akan dilaksanakan pada tahun depan dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com, hari ini.
Dalam perkembangan berasingan, beliau mengingatkan pemimpin UMNO supaya berhati-hati dengan kecenderungan pihak tertentu yang tidak kisah dengan isu pelantikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pembangkang berkuasa.
sumber: utusan

1 ulasan:

  1. Post Terbaru = CELCOM Promo!!!!

    Pemimpin BN/PR syok duk umah. Tapi rakyat disuruh berdemo. Masuk penjara, bergaduh... Pening pening pening.. Jgn menyusahkan diri.. Nanti hari mengundi, pangkah mana yg berkenan, habis cerita...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...