Pengikut

Arsenal mampu benam Chelsea - Wenger

  

Arsenal mampu benam Chelsea - Wenger


2010/10/03

LONDON: Pengurus Arsenal, Arsene Wenger percaya barisan kendaliannya tidak kurang dari segi fizikal untuk berdepan Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stamford Bridge, malam ini.

Sekalipun hanya menang dua daripada 17 pertemuan lalu dengan Blues, tetapi tewas di tempat sendiri dan gelanggang musim lalu selain dua lagi kekalahan dalam Piala FA, Wenger masih percaya Gunners yang kehilangan Cesc Fabregas, Thomas Vermaelen, Robin van Persie, Theo Walcott, Manuel Almunia dan Kieran Gibbs, masih mempunyai barisan berkualiti untuk mencipta kemenangan.

“Apa maknanya kekuatan fizikal pada kami? Bagaimana kamu menjelaskan kejayaan Sepanyol dalam Piala Dunia dan Barcelona menewaskan Chelsea dalam Liga Juara-Juara?
“Bola sepak bukan bergantung kepada fizikal semata-mata, ia juga memerlukan kebijaksanaan, teknik dan mobiliti. Bukan atas satu faktor saja. Itulah yang membuatkannya (bola sepak) cukup menarik.”

Tetapi dengan empat kekalahan terakhir kepada Chelsea serta dikejutkan West Bromwich Albion 2-3 di tempat sendiri minggu lalu, Wenger memerlukan lebih daripada faktor yang disebutkannya itu apabila berdepan barisan Carlo Ancelotti, malam ini. – Agensi 
Previous
Next Post »